­

Majlis perpisahan Sjn Hairul

February 10, 2020

UMP, GAMBANG 8 Februari 2020 - Markas PALAPES UMP telah mengadakan majlis makan malam sempena perpisahan untuk Sjn Mohd Hairullah bin Kadar iaitu sarjan latih untuk peringkat intermediate yang akan melapor unit pada 10 Februari 2020. Beliau sangat dikenali dengan sikapnya yang mempunyai ciri-ciri kebapaan dan sangat disenangi bukan sahaja kadet-kadet yang dibawah didikannya, malah kadet senior dan junior juga turut merasai kehilangan jurulatih yang disayangi. Berikut adalah video montaj yang dikhaskan Sjn Hairul disediakan oleh AJK multimedia inter, PK Azim.


Pengurusan majlis makan malam ini diketuai oleh kadet-kadet peringkat senior, dan dibantu oleh inter dan junior. Majlis itu telah berjalan dengan lancar dengan harapan dapat memberi kenangan yang terindah yakni yang terakhir untuk Sjn Hairul dari kadet PALAPES Darat UMP.


Walaupun sibuk dengan persiapan untuk berpindah, Sjn Hairul masih tetap hadir bagi mengiringi kadet intermediate untuk Latihan Kem Tahunan pada 2 minggu yang lalu. Ini menunjukkan lagi sikapnya yang bertanggungjawab dan sangat penyayang terhadap anak didiknya. Semoga Sjn Hairul diberikan kemudahan dalam hidup sentiasa.















Majlis makan malam dan perpisahan itu telah dirasmikan oleh CI sendiri, iaitu Mej Fauzi. Pegawai sukarela dan pegawai-pegawai muda juga turut menghadirkan diri ke majlis berkenaan untuk meraikan Sjn Hairul.Dengan ini, kami mendoakan semoga Sjn Hairul sentiasa maju jaya dan tidak melupakan kami disini. Tahniah diatas kenaikan pangkat dan semoga Sjn Hairul sentiasa diberkati di dunia dan di akhirat kelak. 

by PKW Fatin Nurfarhana

1 comments

  1. Terima kasih pihak palapes ump terutamanya para yo dan kadet yg terdiri dari senior,inter dan junior kerana banyak memberi kerjasama selama saya berada di sana. Sesunguhnya anda telah memberikan kenangan yg manis selama saya bertugas di palapes ump..all the guys..terima kasih di atas penghargaan ini..moga allah merahmati anda semua..

    ReplyDelete