­

LKT 2020

February 07, 2020

SKUDAI, JOHOR 19 Jan 2020 - Markas Pemerintahan Latihan & Doktrin TD (MPLDTD) telah mengkoordinasikan Latihan Kem Tahunan PALAPES Darat Universiti Awam bagi tahun 2020. Latihan Kem Tahunan pada tahun ini dibuat secara gabungan untuk tempoh 14 hari. Latihan Kem Tahunan ini melibatkan 3 buah Universiti Awam yang terdiri daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM),  dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).


 




Seramai 983 Pegawai Kadet PALAPES Darat yang mengikuti Latihan Kem Tahunan 2020. Latihan ini juga melibatkan seramai 8 Pegawai dan 112 Jurulatih dan Staf. Pelbagai aktiviti yang merangkumi Peringkat Kem dan Peringkat Medan telah disusun dan diatur sepanjang 14 hari latihan ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sukan, Jalan Lasak, Rentas Halangan, E&E dan Kawad . Manakala pembelajaran di Peringkat Medan pula dibahagikan mengikut peringkat. Peringkat Junior telah melaksanakan latihan compass marching, bagi peringkat Intermediate melaksanakan CIW, manakala bagi Peringkat Senior telah melaksanakan CIW, CW, IMAP dan TEWT . Pegawai Sukarela juga terlibat dalam membantu jurulatih untuk memastikan latihan berjalan dengan lancar.




Latihan Kem Tahunan ini dibuat untuk mengukur pemahaman dan sebagai praktikal kepada Pegawai Kadet. Selain itu, latihan ini juga merupakan salah satu syarat untuk pentauliahan bagi Pegawai Kadet. Melalui latihan ini, para Pegawai Kadet telah diuji dengan ketahanan fizikal dan kekuatan mental melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Para  Pegawai Kadet telah berjaya mengharungi latihan dengan jayanya.





 Majlis Penutup Latihan Kem Tahunan PALAPES Darat Universiti Awam telah diakhiri di Empangan Ulu Choh pada 3 Feb 2020 yang lalu. Majlis penutup tersebut telah disempurnakan sendiri oleh NC UTM iaitu Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar. Markas PALAPES UMP ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada semua yang telah menjayakan perlaksanaan Latihan Kem Tahunan(LKT) bagi tahun 2020. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.



by PKW Fatin Nurfarhana Mesli

0 comments