Latihan berterusan
November 07, 2019
LEPAR, PAHANG 27 Oktober 2019 - Markas PALAPES UMP telah mengadakan Latihan Berterusan (LB) selama 9 hari sehingga 3 November 2019. Latihan ini melibatkan ketiga-tiga peringkat junior, imtermediate dan senior. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kelas, sukan, latihan medan seperti CIW, dan juga CW bagi mengulangkaji pelajaran-pelajaran asas tentera seterusnya sebagai persediaan awal sebelum Latihan Kem Tahunan yang akan dilangsungkan pada Januari 2020. Latihan ini telah dirasmikan oleh pemangku CI, Leftenan Muhamad NoorHisham bin Ibrahim.
Berikut adalah merupakan video skod Wolf (Junior) yang disediakan oleh PK Najmuddin tentang sedikit sebanyak aktiviti yang dijalankan oleh peringkat junior sepanjang Latihan Berterusan dijalankan.
Ketika menjalani latihan CW, kadet-kadet perlu menggali kubu masing-masing sedalam paras dada termasuk kubu GPMG dan juga Mortar 60mm selama tempoh 3 hari. Memandangkan latihan ini diadakan dalam waktu yang singkat, agak mustahil untuk kadet melengkapkan ke empat-empat fasa, jadi para kadet hanya perlu menggali 1x kubu personal, 1x kubu GPMG double dog leg dan 1x kubu Mortar yang dalam tempoh 24jam.
Selain itu, pihak jurulatih juga telah mengadakan military sport iaitu pertandingan lumba lari sambil membawa pelbagai beban seperti bag pack yang telah diisi dengan pasir sebanyak 8kg, tong peluru, tayar 3 tan dan juga kayu log. Sukan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara pasukan serta mengeratkan lagi silaturrahim antara kadet-kadet selain melahirkan rasa cinta pada semangat kesukanan.
Latihan berterusan diakhiri dengan majlis makan malam sempena perpisahan dengan jurulatih senior, iaitu Sjn Nik Osman bin Nik Mohamad yang bakal bersara tidak lama lagi. Dengan ini, kami mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih diatas ilmu yang dicurahkan selama ini.
Video khas untuk skod xanthron yang disediakan oleh Leftenan Muda Amir Hamzah.
Berikut adalah merupakan video skod Wolf (Junior) yang disediakan oleh PK Najmuddin tentang sedikit sebanyak aktiviti yang dijalankan oleh peringkat junior sepanjang Latihan Berterusan dijalankan.
by PKW Fatin Nurfarhana Mesli
1 comments
Mantulll
ReplyDelete