Lawatan Sambil Belajar ke 7RRD
March 14, 2018
Pada 10 Mac
2018, Pegawai Kadet Intermediate dan Junior UMP buat pertama kalinya telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja
Mekanise (7 RRD Mek) yang berada di Mentakab, Pahang. Turut hadir, pegawai
latih dan jurulatih-jurulatih untuk mengiringi mereka di sana.
Kedatangan para
Pegawai Kadet amat dialu-alukan dan disambut oleh anggota di 7RRD. Setibanya di
sana, pembelajaran dimulakan dengan Battalion
Infantry Standard (BIS) oleh Lt. Muda Lutfi untuk mendedahkan tentang
struktur kumpulan dalam sesebuah batalion.
Aktiviti
seterusnya adalah melihat pameran senjata yang telah disediakan di padang kawad
7RRD. Pegawai Kadet berkesempatan untuk memegang dan mengenali senjata yang
tidak didapati di rejimen-rejimen lain seperti AW50.
Selain itu,
Pegawai Kadet juga berpeluang untuk melihat dan mempunyai pengalaman masuk ke
dalam pelbagai kereta perisai. Mereka telah didedahkan dengan kelajuan sesebuah
kereta perisai, jarak efektif senjata dan banyak lagi.
Seterusnya, program
dikendalikan oleh beberapa anggota 7RRD untuk memperkenalkan kawasan-kawasan di
dalam kem tersebut seperti asrama, kawasan latihan, padang sasar dan
sebagainya. Semua pegawai anggota diberi peluang untuk mengetahui dengan lebih
dekat tentang peranan rejimen tersebut.
Tidak
ketinggalan pegawai kadet telah dibawa ke Survival
Village yang merupakan salah satu pusat latihan ikhtiar hidup yang mengajar
anggota tentera untuk terus hidup di dalam hutan. Mereka juga berkesempatan
menyaksikan demonstrasi menghidupkan api dengan menggunakan batu dan parang.
Selain itu, mereka turut diajar untuk membezakan antara daun yang boleh dan
tidak boleh dimakan serta perangkap haiwan.
Kemudian kami
telah didedahkan dengan cara latihan di 7RRD seperti river crossing, spider web
course dan sebagainya. Aktiviti diadakan untuk menguji tahap mental dan fizikal
para pegawai kadet. Turut diadakan aktiviti mendayung bot dan PT Bot.
Sebelum
bersurai, pihak Palapes Darat UMP, Mejar Johari merakamkan jutaan terima kasih
kepada pasukan penganjur kerana telah berjaya menarik minat semua pelatih
disamping membaik pulih kerjasama di dalam pasukan.
by PKW Fatin Nurfarhana Mesli
0 comments