Pameran PALAPES Darat di Universiti Malaysia Pahang
March 07, 2018
Pada 5 Mac 2018, Pihak Palapes Darat UMP telah mengadakan pameran
bersempena Hari Kerjaya untuk menarik minat anak muda menyertai dan memberi
pendedahan sedikit sebanyak mengenai Palapes Darat di UMP. Pameran ini
dikelolakan oleh Staf dan Jurulatih Palapes Darat UMP dibantu oleh Pegawai
Kadet UMP. Pameran tersebut bermula seawal 9 pagi bertempat di Blok WDK.
Pameran ini bertujuan untuk mempromosikan Palapes Darat UMP kepada orang
awam serta menarik minat anak muda dengan memperkenalkan semua aktiviti yang
telah dianjurkan selama 2tahun penubuhan palapes darat di UMP. Sebuah video
pendek yang dihasilkan oleh seorang Pegawai Kadet intermediate bertujuan
mempamerkan aktiviti sepanjang latihan telah disiarkan dan mendapat sambutan
yang baik daripada para pengunjung daripada pelajar-pelajar sekolah dan juga
pelajar pra-universiti.
Selain itu, orang awam juga berpeluang melihat senjata-senjata yang
digunakan semasa peperangan dan latihan dengan lebih dekat kerana beberapa buah
senjata seperti M16 dan juga GPMG dijadikan sebagai bahan pameran untuk memberi
pengetahuan sedikit sebanyak mengenai senjata yang digunakan serta tatacara
untuk mengendalikan senjata tersebut kepada orang awam.
Disamping itu juga, Booth Palapes Darat UMP juga memperkenalkan
pakaian-pakaian yang dipakai oleh seorang tentera dan pangkat-pangkat dalam
Tentera Darat Malaysia. Pihak Palapes Darat juga menyediakan ruang untuk
berdiskusi bersama Mejar Johari, selaku Ketua Jurulatih Palapes Darat UMP
mengenai hala tuju seorang Tentera Darat di Malaysia.
Pameran yang diadakan selama 2hari tersebut sangat memberi kesan kepada
orang ramai. Ramai orang awam makin mengenali struktur pentadbiran tentera dan
juga menarik minat ramai anak muda khususnya pelajar sekolah untuk meanggotai
Pasukan Tentera Darat pada masa hadapan. Oleh itu saya mengharapkan supaya
lebih banyak pameran seperti ini diadakan pada masa hadapan.
by PKW Fatin Nurfarhana Mesli
0 comments