­

COMPASS MARCHING

September 18, 2020

SKUDAI, JOHOR 1 FEBRUARI 2020 - Satu aktiviti compass marching telah dijalankan pada 29 Januari hingga 31 Januari iaitu selama 3 hari dan 2 malam. Aktiviti compass marching ini telah dijalankan di Empangan Ulu Choh dan berakhir di Hutan Lipur Gunung Pulai. Seramai 42 orang Pegawai Kadet Junior telah menyertai aktiviti compass marching ini. Daripada jumlah tersebut, 4 sindiket telah dibahagikan dan setiap sindiket telah dibekalkan dengan sehelai peta topografi daerah Kulai-Skudai bersama dengan sebiji kompas. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji ketahanan fizikal dan mental setiap Pegawai Kadet Junior apabila berada di dalam hutan. Selain itu, aktiviti ini juga dijalankan bertujuan untuk menguji kefahaman setiap Pegawai Kadet Junior tentang pembelajaran membaca peta serta kemahiran menggunakan kompas. Sebelum memulakan aktiviti ini, setiap Pegawai Kadet telah diberikan penerangan tentang peranan setiap individu supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Setelah selesai aktiviti compass marching, para Pegawai Kadet Junior juga telah berpeluang untuk mendaki Gunung Pulai 2 yang berketinggian 654m dari paras laut. Setiap aktiviti yang telah dirancang telah dapat berjalan seperti yang dirancangkan.
by PKW Norashikin Ahmad

0 comments